More

    iPhone boleh lipat mungkin dilancar 2026, gunakan reka bentuk kulit cangkerang

    Apple sedang dalam usaha penghasilan iPhone boleh lipat yang boleh mungkin dilancarkan seawal 2026, menurut laporan The Information. Laporan itu mendakwa peranti itu akan menampilkan reka bentuk kulit cangkerang sama seperti telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip.

    Apple dikatakan telah menghubungi pembekal di Asia dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengenai pembuatan komponen untuk peranti tersebut. Khabar angin mengenai iPhone boleh lipat telah tersebar selama bertahun-tahun.

    Peranti itu didakwa telah diberi nama kod “V68” dan menunjukkan bahawa penghasilan sedang dalam proses. Apple dikatakan bergelut untuk mencapai matlamatnya bagi menghapuskan lipatan tetapi halangan ini akhirnya dapat diatasi.

    Walau bagaimanapun, sudah tentu ada kemungkinan bahawa Apple memutuskan untuk tidak mengeluarkan iPhone boleh lipat sekiranya peranti itu gagal memenuhi piawaian kualiti tinggi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Information

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured