More

    PM Anwar: Tahap keselamatan siber Malaysia masih lemah, perlu dipertingkatkan segera

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahap keselamatan siber Malaysia masih berada di tahap yang lemah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Ia harus diberi keutamaan dengan menyediakan lebih banyak latihan, kepakaran dan jaringan dengan badan risikan siber.

    Bagi mengukuhkan keselamatan siber, beberapa tindakan tegas harus diambil seperti pengenalan peratuan baharu untuk mengatasi jenayah siber. Kerajaan telah pun memperkenalkan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber, manakala Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Digital Gobind Singh Deo telah memberi banyak tumpuan untuk memastikan keselamatan dalam talian.

    Beliau juga menyeru rakyat supaya tidak merendahkan kepentingan pertahanan negara, memandangkan kita kini sedang menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup.

    Pada Isnin lalu, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menandatangani kerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) bagi meningkatkan keselamatan rangkaian 5G Malaysia daripada ancaman siber. Ia telah disaksikan oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo dan kedua-dua agensi itu akan berkongsi kepakaran dalam meningkatkan keselamatan siber negara.

    Pada Ahad lalu pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata undang-undang baharu akan dibentang di Parlimen pada Oktober ini, yang akan meningkatkan tahap keselamatan digital berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati.

    Undang-undang itu akan mempertanggungjawabkan penyedia perkhidmatan media sosial dan pemesejan Internet dalam menangani jenayah dalam talian seperti penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan seksual.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured