More

    realme 13 4G akan dilancar pada 7 Ogos 2024

    Selepas realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ dilancar pada akhir bulan lalu, kini realme bersiap untuk melancarkan varian ketiga dalam siri telefon pintar kelas pertengahan tersebut iaitu realme 13 4G. Ia bakal dilancar pada hari Rabu, 7 Ogos 2024, di Indonesia.

    Menurut laman web realme Indonesia, realme 13 4G akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 685, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

    Untuk fungsi gaming, ia mempunyai realme GT Mode untuk meningkatkan prestasi telefon serta sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber cooling system) untuk mengawal suhu telefon. Kameranya pula menggunakan sensor Sony LYT-600 dengan penstabilan imej optikal.

    Ia mempunyai rekaan yang hampir sama dengan realme 12 4G yang dilancar pada bulan Jun lalu serta realme 12 5G yang dilancar pada bulan Mac. Jadi, realme 13 4G mungkin adalah telefon yang dijenamakan semula daripada telefon tersebut, dengan pilihan warna hijau Pioneer Green dan biru Skyline Blue.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured