More

    Gambar terbaru HONOR X10 paparkan rekaan belakang dan tiga pilihan warna

    Tarikh pelancaran HONOR X10 yang dijadualkan pada 20 Mei tinggal beberapa hari sahaja lagi, namun kini banyak sungguh maklumat yang kita sudah ketahui daripada pelbagai sumber. Terbaru, kita boleh melihat tiga pilihan warna yang akan dijual untuk HONOR X10.

    Gambar yang memaparkan tiga pilihan warna HONOR X10 itu menunjukkan warna biru, jingga dan hitam. Khabar mengatakan HONOR X10 akan dijual dalam empat warna, namun satu warna iaitu putih tidak kelihatan dalam gambar tersebut.

    Nampaknya permukaannya agak berkilauan dan mungkin dibuat daripada kaca. Selain itu, bonggol kameranya agak besar dengan bentuk segi empat dan menempatkan tiga kamera. Bonggol tersebut bewarna hitam untuk semua varian warna HONOR X10.

    Selain itu, terdapat juga tulisan “Super Night Vision” pada bonggol kamera dan “RYYB 1:1.8/26 ASPH” di bawahnya, menandakan kewujudan lensa dengan apertur f/1.8 dan sensor RYYB. Untuk senarai khabar yang kita sudah dapat tentang HONOR X10, klik di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika HONOR X10 berada dalam perhatian anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured