More

    HONOR Magic V3 cipta Rekod Dunia Guinness untuk telefon boleh lipat paling ringan

    Hari ini, HONOR Magic V3 membuat penampilan sulungnya dan mencipta Rekod Dunia Guinness baharu untuk telefon boleh lipat paling ringan. Imej rasmi menunjukkan Magic V3 diletakkan di atas susunan kad tanpa meruntuhkannya.

    Kini, ia adalah telefon lipat terbaharu paling nipis, ringan dan paling lasak dari HONOR dengan berat 226g sahaja. Dengan kerjasama Bryan Berg iaitu pemegang Rekod Dunia Guinness untuk susun kad, dia berjaya membina rumah kad 54 tingkat tanpa menggunakan gam.

    Selepas melengkapkannya, dia meletakkan Magic V3 di atas dan menandakan rekod dunia baharu. Selain itu, HONOR juga menunjukkan ketahanan telefon dengan ujian mesin basuh selama 15 minit. Menurut HONOR, ketahanan Magic V3 terdiri daripada Engsel Keluli Super yang diperbuat daripada Keluli Super HONOR generasi kedua.

    Bahan ini mempunyai kekuatan tegangan 2100MPa yang melebihi kekuatan engsel keluli telefon boleh lipat semasa yang lain di pasaran. Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk tetulang struktur, meningkatkan daya tahan keseluruhan peranti.

    Engsel ini mampu menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga menerima Pensijilan Ketahanan SGS. Magic V3 turut menampilkan paparan luaran 6.43 inci yang dilindungi Perisai NanoCrystal Anti-Calar yang menawarkan rintangan jatuh dan calar 10 kali ganda berbanding kaca biasa.

    Kacanya juga mempunyai ketumpatan 50% lebih tinggi daripada standard. Spesifikasi lain termasuk penarafan kalis air IPX8 yang boleh tenggelam dalam air sehingga 2.5 meter. HONOR Magic V3 bakal muncul di IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured