More

    Semua model iPhone 16 mempunyai RAM 8GB, bateri lebih besar

    Apple tidak pernah mendedahkan secara terbuka berapa banyak RAM yang ada pada iPhone dan kali ini, kita mungkin tidak perlu tunggu lama. Laporan baharu daripada sumber boleh dipercayai mendedahkan bahawa keempat-empat model iPhone 16 mempunyai RAM 8GB.

    Ini bermakna iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max mengekalkan jumlah RAM yang sama seperti pendahulunya tetapi iPhone 16 dan iPhone 16 Plus mempunyai 2GB lebih daripada iPhone 15 dan iPhone 15 Plus. Ini mungkin menjelaskan mengapa iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tidak akan mendapat set ciri Apple Intelligence.

    Selain itu, siri iPhone 16 juga mendapat peningkatan kapasiti bateri dengan video penstriman boleh dimainkan selama dua hingga empat jam lebih lama bergantung pada peranti dan model ‌iPhone 16 Pro‌ menyokong main balik audio yang lebih lama.

    Ambil perhatian bahawa dalam perbandingan di bawah, Apple menyenaraikan hayat bateri sebagai “sehingga” kerana masa bateri bertahan akan berbeza-beza berdasarkan tabiat penggunaan. Hayat bateri telah meningkat sekurang-kurangnya sejam untuk setiap peranti bagi main balik video dengan peningkatan yang lebih besar untuk ‌iPhone 16‌ dan iPhone 16 Pro Max.

    ModelMain balik videoStrim videoAudio
    iPhone 1622 jam18 jam80 jam
    iPhone 16 Plus27 jam24 jam100 jam
    iPhone 16 Pro27 jam22 jam85 jam
    iPhone 16 Pro Max33 jam29 jam105 jam
    iPhone 1520 jam16 jam80 jam
    iPhone 15 Plus26 jam20 jam100 jam
    iPhone 15 Pro23 jam20 jam75 jam
    iPhone 15 Pro Max29 ​​jam25 jam95 jam

    Apple menekankan peningkatan hayat bateri dan penggunaan RAM tahun ini mungkin kerana ingin mengoptimumkan penggunaan ciri Apple Intelligence kepada pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors 1|2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured