More

    iQOO Z9 kini miliki warna Titanium baharu dengan harga bermula RM1,399

    Susulan pelancaran siri iQOO Z9 di Malaysia pada Mei tahun ini, iQOO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran warna baharu dengan iQOO Z9 Titanium. iQOO Z9 Titanium mempunyai spesifikasi yang sama dengan model sebelum ini dan hanya warna sahaja yang baharu.

    Sebagai imbasan, ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 3 dan Bateri Grafit Ultra Nipis 6,000mAh dengan sokongan FlashCharge 80W. Selain itu, ia menampilkan paparan AMOLED Ultra-Smooth 6.78 inci 144Hz. iQOO Z9 Titanium boleh didapati dalam dua konfigurasi memori seperti 12/256GB dan 8/256GB masing-masing pada harga RM1,499 dan RM1,399.

    Bermula hari ini hingga 29 September 2024, pelanggan yang berminat kini boleh membeli iQOO Z9 Titanium varian 12/256GB di kedai iQOO sah dan hadir dengan perlindungan skrin 1 tahun serta jaminan lanjutan 1 tahun. Dalam pada itu, anda juga boleh membeli fon telinga wayarles vivo TWS 3e berharga RM99 untuk pembelian dalam pembelian.

    iQOO Z9 Titanium varian 8/256GB boleh dibeli secara eksklusif di kedai rasmi iQOO di Shopee atau Lazada. Pelanggan yang membeli varian ini juga boleh mendapatkan perlindungan skrin 1 tahun dan jaminan tambahan 1 tahun. Anda juga boleh membeli fon telinga wayarles vivo TWS 3e berharga RM99 untuk pembelian dalam pembelian.

    Bagi meraikan warna baharu iQOO Z9, iQOO telah bekerjasama dengan salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, Honor of Kings. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Z9 Titanium dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured