More

    Infinix Zero Flip dilancar dengan paparan penutup 3.64″, kamera 50MP berharga ~RM 2,662

    Infinix Zero Flip telah dilancarkan untuk pasaran global dan bakal tiba di Malaysia secara rasmi pada 1 Otober ini. Sebagai telefon flip pertama Infinix, ia dilengkapi dengan skrin boleh lipat LTPO AMOLED FHD+ 6.9 inci dengan resolusi 1080 x 2640 piksel, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1400 nits dan pemalapan 2160Hz PWM.

    Skrin luaran menggunakan paparan AMOLED 3.64 inci dengan resolusi 1056×1066 piksel, kadar penyegaran 120Hz, perlindungan Gorilla Glass Victus 2 dan kecerahan puncak 1100 nits. Ini memastikan pengguna mempunyai pengalaman menonton berkualiti tinggi sama ada telefon dilipat atau dibuka.

    Zero Flip berukuran 170.35 x 73.4 x 7.64mm apabila dibuka dan 87.49 x 73.4 x 16.04mm apabila dilipat serta seberat 195 gram. Kamera swafoto Zero Flip menampilkan sensor Samsung JN1 50MP dengan sokongan autofokus. Di bahagian belakang, peranti ini mempunyai persediaan dwi-kamera termasuk penderia utama Samsung GN5 50MP dengan OIS dan penderia ultra lebar 50MP.

    Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video 4K 60fps menjadikannya ideal untuk vlogging dan kandungan video kreatif. Ciri tambahan seperti mod DV dan mod GoPro untuk pengalaman vlogging yang dipertingkatkan. Infinix Zero Flip dikuasakan oleh cipset Dimensity 8020 digabungkan dengan RAM 8GB + (RAM maya 8GB) dan storan storan UFS 3.1 512 GB.

    Baterinya berkapasiti 4,720mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W dan pengecasan terbalik berwayar 10W. Zero Flip hadir dengan sistem operasi XOS 14.5 berdasarkan Android 14 dengan dua peningkatan OS Android dan tiga tahun kemas kini keselamatan. Ciri utama lain termasuk dwi pembesar suara JBL, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan USB-C.

    Infinix Zero Flip berharga NGN 1,065,000 (~RM 2662) untuk varian 8/512GB dan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Rock Black dan Blossom Glow. Telefon ini juga bakal tiba di Malaysia dalam beberapa hari akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...