More

    Spesifikasi vivo X200 Ultra tertiris, mungkin menawarkan rakaman 4K120fps

    Selepas vivo memperkenalkan siri vivo X200 sebagai telefon andalan terbaru, kini vivo dikhabar sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah lagi varian yang lebih canggih iaitu vivo X200 Ultra.

    Telefon ini bakal mempunyai modul kamera yang serupa seperti vivo X200 Pro, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 200MP, cuma kamera utamanya bakal mempunyai apertur yang lebih besar untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam sensor.

    Selain itu, ia dikhabarkan bakal menyokong rakaman video 4K120fps pada semua kameranya dan akan dilengkapi cip pengimejan yang dibina oleh vivo sendiri. Selain itu, rekaan bonggol kameranya akan disusun semula dan nampak lebih kemas berbanding vivo X100 Ultra.

    Setakat ini masih tidak diketahui bilakah vivo X200 Ultra akan dilancar secara rasmi. vivo X100 Ultra telah dilancar pada bulan Mei lalu dan hanya dijual dalam pasaran China, jadi vivo X200 Ultra juga mungkin akan mengikut waktu pelancaran yang serupa pada tahun hadapan.

    Jika anda berminat dengan vivo X200 Pro yang sudah pun dilancar untuk pasaran Malaysia, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentangnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured