More

    Anda boleh dapatkan diskaun RM300 untuk ROG Phone sempena Tahun Baru Cina

    Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada hujung bulan ini, ASUS Malaysia akan menawarkan promosi khas untuk siri telefon gaming ROG Phone 8 dan ROG Phone 9.

    Sepanjang promosi yang akan berlangsung sehingga 16 Februari 2025 ini, siri ROG Phone 8 akan dijual dengan potongan diskaun RM300. Ini maksudnya anda boleh miliki ROG Phone 8 pada harga bermula RM2,999 (harga asal RM3,299).

    Untuk ROG Phone 8 Pro, anda boleh belinya pada harga bermula RM3,999 (harga asal RM4,299).

    Selain itu, untuk siri ROG Phone 9 pula, setiap pembeliannya sewaktu promosi ini layak menerima sarung khas ROG Chill Case (bernilai RM199). Perlu diingati bahawa untuk mendapatkan sarung tersebut, anda perlu daftarkan pembelian anda dalam laman web ASUS.

    Jika anda berminat untuk beli siri telefon ini, jangan lupa baca ulasan kami terlebih dahulu untuk ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 9 Pro.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured