More

    Samsung akan terus manfaatkan inovasi AI untuk bantu para pengguna amalkan gaya hidup sihat

    Selain melancarkan siri telefon pintar Samsung Galaxy S25 di Amerika Syarikat baru-baru ini, Samsung turut menganjurkan Galaxy Tech Forums yang berbincang tentang komitmen syarikat teknologi Korea Selatan itu untuk menghasilkan teknologi kesihatan yang inovatif.

    Salah satu forum yang bertajuk “Peranan Teknologi Untuk Hidup Lebih Sihat (The Role of Technology for a Healthier Life),” mereka membincangkan bagaimana teknologi AI Samsung dapat meningkatkan kesejahteraan buat para pengguna. Pakar-pakar terkemuka, termasuk moderator Dr. Vanessa Hill yang merupakan seorang saintis tidur terkemuka, memberikan pandangan tentang penggunaan yang praktikal untuk teknologi kesihatan masa kini.  

    Walaupun kemajuan teknologi telah memudahkan akses kepada pengurusan kesihatan, jumlah maklumat yang banyak boleh menyebabkan kekeliruan. Dr. Patrick O’Connor, seorang profesor kinesiologi di University of Georgia, menyatakan bahawa isu utama dalam teknologi AI untuk kesihatan adalah fragmentasi data.

    Pakar-pakar bersetuju bahawa pendekatan yang lebih holistik diperlukan untuk pengurusan kesihatan yang berkesan, dengan menekankan kepentingan tidur sebagai asas kesihatan yang utama.

    Selain itu, para panelis turut berbincang mengenai kepentingan untuk menambah dan memantau metrik kesihatan baharu secara berterusan, seperti aktiviti fizikal, tidur, tabiat pemakanan dan stres.

    Samsung akan memberi tumpuan kepada pengurusan glukosa darah dan pengalaman penjagaan kesihatan hujung ke hujung (end-to-end, E2E). Dr. Hon Pak dari Samsung Electronics telah berkongsi pelan hala tuju syarikatnya untuk membangunkan teknologi dalam bidang ini.

    Samsung juga akan menyatukan data untuk memberikan analisis kesihatan yang lebih bermakna. Melalui kerjasama penyelidikan dengan pasukan Dr. O’Connor, Samsung telah membangunkan Energy Score iaitu satu ciri yang meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan digital.

    Energy Score dikira berdasarkan penunjuk kesihatan seperti tahap aktiviti, tidur, kadar denyutan jantung semasa tidur dan kebolehubahan kadar denyutan jantung semasa tidur. Semua metrik ini menunjukkan bagaimana AI boleh menyokong pendekatan holistik dalam penjagaan kesihatan.

    "
    "

    Pada masa hadapan, Energy Score akan turut mengambil kira nutrisi, kesihatan mental dan corak penggunaan peranti bagi menghasilkan analisa kesihatan yang lebih menyeluruh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured