More

    Nissan dijangka batalkan penggabungan dengan Honda untuk bina kenderaan elektrik

    Pada Disember lalu, dua syarikat automotif ternama dari Jepun, Honda dan Nissan, merancang untuk bergabung dan menjadi syarikat pengeluar kenderaan yang ketiga terbesar dalam dunia. Sungguh pun demikian, perancangan itu mungkin akan dibatal kerana Nissan enggan bersetuju dengan syarat-syarat penggabungan.

    Menurut agensi berita Kyodo, Nissan menolak cadangan daripada Honda untuk menjadikan Nissan sebagai anak syarikat bawah Honda. Nissan bimbang jika statusnya sebagai anak syarikat Honda akan menjejaskan autonominya.

    Dalam perancangan asal yang diumum pada Disember 2024, kedua-dua syarikat bersetuju untuk meneroka kemungkinan penggabungan di bawah sebuah syarikat induk menjelang 2026, sambil mengekalkan jenama masing-masing.

    Penggabungan ini juga bertujuan mengurangkan kos dan berkongsi beban kewangan dalam membangunkan kenderaan elektrik, bagi menyaingi pesaing global seperti Tesla dan BYD. CEO Nissan Makoto Uchida pada Disember lalu menyatakan jika penggabungan ini diteruskan, kedua-dua syarikat akan berada pada kedudukan yang setara.

    Buat masa ini, Honda merupakan syarikat automotif kedua terbesar di Jepun, dengan nilai pasaran sebanyak 7.92 trilion yen, diikuti Nissan di tempat ketiga dengan nilai pasaran sebanyak 1.44 trilion yen.

    Kedua-dua syarikat dijangka akan memberi penjelasan lanjut mengenai status penggabungan ini sewaktu mengumumkan keputusan kewangan bagi tempoh April-Disember 2024 pada minggu hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

    Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami...

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    MPOB perkenal Sawit EcoTherm, teknologi penyejuk cecair untuk pusat data AI

    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara rasminya telah membangunkan Sawit EcoTherm iaitu cecair penyejuk rendaman yang dihasilkan daripada minyak sawit. Teknologi ini...

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured