More

    Xiaomi 15 Ultra akan dilancar pada 2 Mac 2025

    Selepas banyak khabar angin disebar dalam internet, Xiaomi akhirnya mendedahkan tarikh pengumuman untuk telefon pintar andalannya yang terbaru iaitu Xiaomi 15 Ultra. Telefon ini akan dilancar pada 26 Februari 2025 untuk pasaran China dan 2 Mac 2025 untuk pasaran antarabangsa.

    Perkara ini diumum dalan media sosial Xiaomi yang menunjukkan poster dan tarikh pengumuman untuk telefon itu.

    Sebelum ini, khabar angin tentang reka bentuk telefon ini telah pun tertiris, menunjukkan rekaan yang sangat unik dengan bonggol kamera yang besar.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor 1 inci, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera telefoto periskop 200MP untuk zum lebih jauh. Xiaomi telah pun berkongsi contoh gambar yang diambil dengan kamera telefon ini.

    Spesifikasi dalamannya dijangka akan terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 90W, pengecasan wayarles 50W dan sistem operasi Android 15 dengan HyperOS 2.0.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured