More

    HONOR umum kemas kini Android dan sekuriti 7 tahun untuk siri Magic

    HONOR mengumumkan bahawa siri HONOR Magic yang bermula dengan HONOR Magic7 Pro akan menerima tujuh tahun kemas kini sistem operasi Android dan keselamatan. Langkah ini yang sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN akan diperkenalkan di Eropah sebelum diperluaskan ke Malaysia.

    Dengan sokongan lanjutan ini, HONOR menjadi salah satu daripada tiga jenama yang menawarkan jaminan kemas kini jangka panjang untuk memastikan pengguna terus mendapat inovasi AI terkini dan pengalaman peranti yang lebih selamat serta berprestasi tinggi.

    Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, James Li, menekankan bahawa inisiatif ini selari dengan visi syarikat untuk memenuhi dan melebihi jangkaan pengguna. Selain meningkatkan keselamatan dan prestasi peranti, langkah ini juga membantu mengurangkan sisa elektronik dan menyokong kelestarian.

    HONOR berhasrat memperluaskan sokongan ini kepada lebih banyak model andalan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti laman rasmi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan daripada HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured