More

    Siri OPPO Find 8Xs turut dilancar dengan Dimensity 9400+ dan bateri 5,700mAh, harga bermula ~RM2,500

    Selain Find X8 Ultra, OPPO baru-baru ini telah memperkenalkan dua model terbaharu di China dengan Find X8s dan Find X8s+. Meskipun Find X8s dan Find X8s+ berkongsi banyak persamaan, perbezaan utama antara keduanya terletak pada saiz skrin dan beberapa ciri kecil yang lain.

    Find X8s dan Find X8s+ dikuasakan oleh cipset terkini MediaTek Dimensity 9400+ dan disokong oleh enjin prestasi OPPO Trinity Engine. Gabungan ini memberikan kelajuan sistem yang lebih lancar dan kecekapan tenaga yang lebih baik. Untuk kamera, kedua-duanya hadir dengan tiga kamera belakang beresolusi 50MP masing-masing bagi lensa utama, ultra lebar dan telefoto.

    Kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 32MP. Daripada segi paparan, OPPO Find X8s tampil sebagai peranti kompak pertama OPPO dalam segmen andalan yang menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.3 inci dengan bingkai simetri ternipis di dunia iaitu hanya 1.25mm. Sebaliknya, Find X8s+ hadir dengan skrin AMOLED yang lebih besar iaitu 6.59 inci.

    Walaupun berbeza saiz, kedua-dua skrin menawarkan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz dan tahap kecerahan maksimum sehingga 1,600 nits. Perlindungan skrin juga dipertingkatkan dengan penggunaan OPPO Crystal Shield Glass yang memberikan ketahanan tambahan terhadap calar dan hentakan.

    Find X8s dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,700mAh manakala Find X8s+ menampilkan kapasiti yang lebih besar iaitu 6,000mAh. Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, pengecasan wayarles 50W AIRVOOC dan pengecasan berbalik tanpa wayar 10W. Satu ciri baharu yang menarik ialah kehadiran butang khas yang dinamakan “Action Button”.

    Ia membolehkan pengguna mengakses fungsi AI dan tugasan asas dengan lebih mudah dan pantas. Find X8s ditawarkan dalam warna Moonlight White, Cherry Blossom Pink, Island Blue dan Hoshino Black dengan pilihan storan sehingga 1TB dan memori RAM sehingga 16GB. Harga bagi model ini bermula dari 4,199 Yuan (~RM2,500) hingga 5,499 Yuan (~RM3,300).

    Manakala Find X8s+ pula hadir dalam warna Moonlight White, Starry Black dan Wind Purple dengan konfigurasi memori yang serupa serta julat harga yang sama. Buat masa ini, Find X8s dan Find X8s+ hanya ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran China. Nantikan pengumuman rasmi daripada OPPO jika model ini akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Find X8s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured