More

    vivo perkenalkan aksesori lensa khas, kit fotografi untuk vivo X200 Ultra

    vivo bakal melancarkan dua varian baharu dalam siri telefon pintar andalan vivo X200 iaitu vivo X200 Ultra dan vivo X200s pada 21 April 2025. Sebelum ini vivo telah pun berkongsi maklumat mengenai rekaan dan spesifikasinya secara ringkas, dan kini vivo mengumumkan aksesori tambahan untuk telefon ini.

    Satu aksesori khas ini adalah lensa zum 200mm f/2.3 yang menyediakan zum optikal sehingga 8.7x dan zum hibrid sehingga 70x. Apabila digabungkan dengan kamera zum periskop 200MP dalam vivo X200 Ultra, kamera telefon itu boleh mengambil gambar dengan jarak fokal 800mm (bersamaan zum 35x) sehingga 1,600mm (bersamaan 70x).

    Lensa khas ini dibuat dengan kerjasama ZEISS dan terdiri daripada 13 kaca lensa.

    Selain itu, vivo turut memperkenalkan kit fotografi khas untuk vivo X200 Ultra. Ia merupakan sarung khas dengan pemegang (camera grip) yang mempunyai butang shutter dan roda kawalan bagi menyediakan pengalaman mengambil gambar yang lebih selesa dan mirip kamera sebenar. Ia nampak serupa seperti kit fotografi yang ditawarkan untuk Xiaomi 15 Ultra.

    Perlu diingati bahawa lensa zum 200mm itu perlu dipasang bersama kit fotografi vivo X200 Ultra.

    Kit fotografi ini juga mempunyai bateri 2,300mAh dan menyediakan hubungan USB Type-C. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo vivo, Weibo vivo

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured