More

    HONOR 400 dan HONOR 400 Pro mungkin akan dilengkapi kamera 200MP, skrin 1.5K

    HONOR 400 Lite telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada minggu lalu dan kini varian seterusnya, HONOR 400 dan HONOR 400 Pro, pula dijangka akan dilancar pada bulan ini. Malah, beberapa maklumat mengenainya telah pun tertiris dari China.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, HONOR 400 dikhabar bakal dilengkapi skrin berukuran 6.55 inci yang lebih kecil berbanding 6.7 inci pada HONOR 300. Ia akan mempunyai panel OLED dengan resolusi 1.5K dan teknologi LTPS yang bermaksud kadar segar semulanya boleh jadi tinggi, namun tidak boleh direndahkan dengan ketara bagi menjimatkan bateri.

    Sementara itu, HONOR 400 Pro pula mempunyai saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.7 inci. Rekaan belakangnya serupa seperti HONOR 400 Lite, serta bahagian sisi yang mempunyai butang kawalan kamera.

    HONOR 400 Lite

    Daripada segi cipset, HONOR 400 mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7 Series, manakala HONOR 400 Pro mungkin dilengkapi Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih pantas berbanding Snapdragon 7.

    Untuk kamera, kedua-duanya dikhabar akan dilengkapi kamera utama 200MP, manakala HONOR 400 Pro sahaja akan mempunyai kamera telefoto 50MP.

    Kali terakhir HONOR menawarkan kamera utama 200MP adalah untuk HONOR 90 Pro yang dilancar pada 2023 dan nampaknya HONOR ingin mengembalikan kamera 200MP pada tahun ini dengan siri HONOR 400.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured