More

    Waspada sebarang laman web kerajaan yang tiada “gov.my” pada hujungnya

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang laman web yang menyamar sebagai laman web rasmi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap laman web kerajaan perlu mempunyai akhiran “.gov.my” pada hujung alamatnya.

    Jika sebuah laman web mengatakan ia merupakan laman rasmi kerajaan namun tidak mempunyai akhiran “.gov.my” pada hujung alamatnya, besar kemungkinan ia adalah laman web palsu dan bertindak sebagai scam.

    Menurut beliau, scammer kini giat menyebarkan pautan palsu yang kononnnya membenarkan anda semak status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui aplikasi permesejan WhatsApp dan platform media sosial lain.

    Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil juga mengingatkan orang awam supaya berhati-hati terhadap sebarang mesej palsu berkaitan STR. Ia berpotensi digunakan oleh scammer untuk mencuri akses ke dalam telefon anda.

    Kami berharap para pembaca akan kekal berwaspada terhadap ancaman scammer yang semakin parah. Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured