More

    TPAD gesa penjelasan MOT berhubung pemberhentian operasi inDrive, Maxim

    Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) menyatakan kebimbangan terhadap arahan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang mengarahkan dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi mereka di Malaysia menjelang 24 Julai 2025.

    TPAD menegaskan bahawa langkah ini boleh menjejaskan pendapatan ribuan pemandu khususnya di kawasan luar bandar dan pekan kecil yang bergantung kepada platform tersebut sebagai sumber rezeki utama. inDrive dikenalpasti sebagai penyedia yang mengenakan kadar komisen paling rendah dalam pasaran, sekali gus memberikan kelebihan pendapatan kepada pemandu.

    Persatuan itu turut memberi amaran bahawa pengurangan jumlah penyedia perkhidmatan boleh mengakibatkan gangguan terhadap persaingan pasaran. Ia berpotensi menyebabkan kenaikan tambang dan kemerosotan kualiti perkhidmatan kepada pengguna terutama apabila tiada mekanisme tambang yang telus diwujudkan setakat ini di Malaysia.

    TPAD menggesa MOT dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk memberikan penjelasan menyeluruh berkaitan asas perundangan dan justifikasi bagi arahan pemberhentian tersebut. Ia turut mencadangkan agar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyiasat kesan arahan itu terhadap struktur pasaran sedia ada.

    Selain itu, TPAD menyeru agar landskap industri e-hailing negara dikaji semula oleh penggubal dasar dengan memberi perhatian kepada kemampuan pengguna, aksesibiliti perkhidmatan dan kebajikan pemandu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured