More

    PDRM tidak sediakan perkhidmatan dapat semula wang yang ditipu melalui media sosial

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan mendapatkan semula wang yang telah ditipu, seperti yang diiklankan dalam media sosial.

    Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Hasbullah Ali, PDRM mengesan sebuah iklan yang tular dalam Facebook, di mana ia mnenggunakan logo PDRM serta barisan teks “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

    Beliau mengingatkan bahawa PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut. Ia hanyalah perkhidmatan palsu yang ingin mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang mengalami kesusahan.

    Kami berharap orang ramai akan kekal berwaspada dengan pelbagai taktik scam yang semakin berubah-ubah. Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured