More

    HONOR Magic V5 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, kini senipis 8.8mm

    HONOR bakal lancarkan telefon lipat HONOR Magic V5 di China pada 2 Julai 2025 dan kini syarikat teknologi China itu telah mendedahkan rekaannya. Mereka juga mengesahkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat, namun tarikh spesifiknya masih belum diketahui.

    Seperti HONOR Magic V3 pada tahun lalu, Magic V5 mempunyai rekaan yang nipis, dengan ketebalan maksimum 8.8mm sahaja apabila ia dilipat.

    Sebagai rujukan, ini ialah ketebalan sama dengan HONOR Magic7 Pro iaitu telefon flagship dengan rekaan standard. Sungguh pun begitu, HONOR masih belum dedahkan ketebalan Magic V5 sewaktu skrinnya dibuka. Untuk Magic V3 pada tahun lepas, ia mempunyai ketebalan 9.3mm apabila dilipat dan 4.4mm apabila dibuka.

    Telefon ini bakal mempunyai warna emas, manakala di bahagian belakangnya terdapat permukaan bertekstur.

    Bonggol kameranya pula menempatkan tiga sensor, besar kemungkinan kamera utama, kamera ultra-lebar dan kamera telefoto periskop. Kamera telefotonya mungkin menggunakan sensor 200MP.

    HONOR masih belum umumkan spesifikasi penuh untuk telefon lipat ini. Ia dikhabarkan bakal mempunyai skrin utama 8 inci dan skrin luaran 6.45 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version, bateri 6,100mAh dan pengecasan pantas 66W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    CMF sah batalkan pelancaran Phone 3 Pro akibat krisis kos RAM global

    CMF, sub-jenama di bawah Nothing, dilaporkan mengambil keputusan drastik apabila memilih untuk tidak memperkenalkan telefon pintar baharu sepanjang tahun 2026. Menurut pengasas...

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...