More

    iPhone 17 Pro dijangka tiba dengan zoom optik 8×, aplikasi kamera baharu dan butang fizikal tambahan

    Apple dikhabarkan bakal memperkenalkan beberapa peningkatan besar pada model iPhone 17 Pro khususnya dalam aspek kamera. Menurut sumber yang mendakwa mempunyai maklumat daripada penggambaran iklan komersial iPhone 17 Pro, peranti ini akan menampilkan ciri-ciri kamera baharu yang belum pernah dilaporkan sebelum ini.

    Walaupun maklumat ini belum dapat disahkan, namun antara ciri utama yang didakwa termasuk sistem kamera telefoto baharu dengan keupayaan zoom optik sehingga 8× berbanding 5× pada model iPhone 16 Pro. Lensa tersebut dikatakan boleh bergerak, membolehkan zoom optik berterusan merentas pelbagai jarak fokus secara lancar.

    Apple turut dikatakan sedang membangunkan aplikasi kamera profesional baharu untuk rakaman foto dan video yang bakal bersaing dengan aplikasi seperti Halide, Kino dan Filmic Pro. Walau bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan sama ada aplikasi ini akan eksklusif untuk model Pro sahaja atau merupakan kemas kini besar kepada aplikasi Final Cut Camera sedia ada.

    Sumber turut mengatakan bahawa iPhone 17 Pro akan hadir dengan butang tambahan khas untuk kawalan kamera terletak di bahagian atas peranti. Ia akan melengkapkan butang kamera sedia ada di penjuru bawah kanan seperti pada siri iPhone 16. Dalam aspek reka bentuk, peranti ini dikatakan akan menampilkan warna baharu seakan tembaga dan logo Apple dialihkan ke bahagian tengah.

    Reka bentuk semula sistem kamera belakang serta penggunaan tiga sensor 48MP dijangka akan mengukuhkan lagi keupayaan rakaman video iPhone 17 Pro. Malah, Mark Gurman sebelum ini melaporkan bahawa Apple akan memberikan penekanan khas kepada fungsi rakaman video untuk model 2025 dengan sasaran menarik perhatian komuniti vlog dan pencipta kandungan video.

    Tambahan, sumber lain mendedahkan bahawa aplikasi kamera baharu akan menyokong rakaman serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...