Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama pembukaan Moomoo Experience Store di Asia Tenggara oleh Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat Futu Holdings Limited (NASDAQ: FUTU). Terletak di KL Eco City, Kuala Lumpur, pusat ini berfungsi sebagai hab pelaburan yang menggabungkan inovasi digital dengan sokongan bersemuka.
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk stesen dagangan berbilang skrin, demonstrasi aplikasi secara langsung dan konsultasi peribadi bersama pakar kewangan. Kedai ini dibuka setiap hari yang membolehkan pelabur mengakses data pasaran masa nyata, analitik bertaraf profesional dan kandungan pendidikan terpilih.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada Februari 2024, aplikasi Moomoo pantas menjadi aplikasi kewangan paling banyak dimuat turun di negara ini. Secara global, ia kini mempunyai lebih 27 juta pengguna di Amerika Syarikat, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Hong Kong dan Malaysia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






