More

    Kemas kini Samsung One UI 8 dilancar di Malaysia bermula 18 September ini

    Samsung hari ini mengumumkan pengedaran rasmi kemas kini One UI 8 kepada peranti Galaxy bermula dengan siri Galaxy S25 pada 18 September 2025. Kemaskini ini membawa ciri AI multimodal, pengalaman pengguna yang lebih pintar serta penekanan kuat pada privasi.

    Antara ciri baharu termasuk cadangan peribadi harian, paparan maklumat kesihatan Galaxy Watch dan fungsi Gemini Live untuk interaksi AI secara masa nyata. Samsung juga menambah baik Circle to Search with Google yang kini boleh bantu ketika bermain permainan dan terjemahan teks segera di skrin.

    Bagi privasi, One UI 8 memperkenalkan Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) yang mengasingkan data aplikasi dan Knox Matrix yang mampu menandakan risiko serius serta melindungi akaun pengguna. Fungsi Secure Wi-Fi turut dinaik taraf dengan kriptografi pasca-kuantum untuk sambungan awam lebih selamat.

    Antara ciri lain termasuk Audio Eraser untuk buang bunyi latar, Portrait Studio untuk gambar gaya studio, Call Captions serta Interpreter untuk teks masa nyata dan terjemahan panggilan. Sesetengah fungsi memerlukan log masuk Samsung atau Google.

    Berikut merupakan jadual pengedaran One UI 8 di Malaysia:

    • Galaxy S25 – 18 September 2025
    • Galaxy S24, Z Fold6, Z Flip6 – 25 September 2025
    • Galaxy S23, Z Fold5, Z Flip5 – 2 Oktober 2025
    • Galaxy S22, Z Fold4, Z Flip4 – 6 Oktober 2025
    • Galaxy S21 FE – 16 Oktober 2025

    Samsung turut menawarkan promosi sehingga 30 September dengan naik taraf storan berganda bagi pembelian siri Galaxy Z terpilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured