More

    iQOO 15 akan dilancar pada 20 Oktober 2025, bakal ditawarkan dalam 4 pilihan warna

    iQOO mengesahkan bahawa telefon pintar andalan (flagship) iQOO 15 bakal dilancar pada hari Isnin, 20 Oktober 2025 di Shenzhen, China. Sebelum ini, syarikat itu telah mengesahkan bahawa iQOO 15 akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snadpragon Elite 8 Gen 5, sistem operasi OriginOS 6 dan skrin berukuran 6.85 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 144Hz.

    iQOO juga telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan rekaan telefon ini. Ia akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, hijau, putih dan edisi khas bercorak gunung.

    Beberapa spesifikasi lain yang dikhabar untuk telefon ini termasuklah cip gaming Q3, rating kalis air IP68 dan IP69 serta sokongan pengecasan wayarles.

    Dalam sebuah video buka kotak yang dimuat naik ke dalam Weibo, ia menunjukkan bahawa iQOO 15 bakal didatangkan dengan pengecas 100W. Ini mungkin akan mengecewakan para peminat iQOO kerana telefon sebelum ini, iQOO 13, menyokong kadar pengecasan pantas yang lebih tinggi iaitu 120W.

    Sungguh pun demikian, iQOO 15 dikhabarkan akan mempunyai bateri 7,000mAh iaitu lebih besar berbanding 6,000mAh pada iQOO 13, jadi ini mungkin menjelaskan penurunan kadar pengecasan pada iQOO 15.

    Video itu juga menunjukkan bonggol kamera iQOO 15 yang mempunyai garisan lampu RGB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured