More

    Siri POCO F8 akan dilancar membawa tiga model pada 26 November 2025

    POCO telah mengesahkan bahawa siri Poco F8 akan dilancarkan secara global pada 26 November dalam satu acara di Bali, Indonesia. Tiga model akan membentuk siri ini termasuk POCO F8, F8 Pro dan F8 Ultra.

    Namun pelancaran kali ini hanya akan memfokuskan kepada F8 Pro dan F8 Ultra. Kedua-duanya dijangka menjadi versi diubah suai daripada Redmi K90 dan K90 Pro Max, mengekalkan reka bentuk serta spesifikasi dalaman yang sama tetapi hadir dengan kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding model Redmi tersebut.

    Daripada segi spesifikasi, POCO F8 dijangka menggunakan paparan OLED 6.59 inci manakala F8 Ultra hadir dengan paparan OLED 6.9 inci. Kedua-duanya menyokong resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini akan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16 serta dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite untuk F8 dan 8 Elite Gen 5 untuk Ultra.

    Kamera hadapan 20MP dikongsi oleh kedua-dua model, sementara F8 Pro menawarkan tetapan kamera utama 50MP dengan OIS, ultra-lebar 8MP dan telefoto 2x 50MP. F8 Ultra pula menampilkan tiga sensor 50MP termasuk kamera periskop telefoto serta sistem pembesar suara tambahan. Kedua-duanya menawarkan berwayar 100W tetapi model Ultra ditambah dengan pengecasan wayarles 50W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured