More

    U Mobile kukuhkan capaian di Bangsar dengan kedai baharu dan 5G dalam bangunan

    U Mobile terus mengukuhkan kehadirannya di kawasan Bangsar dengan pembukaan kedai perkhidmatan penuh baharu di Telawi Square dan memperluaskan liputan rangkaian 5G termasuk di dalam bangunan. Langkah ini selari dengan strategi pertumbuhan U Mobile untuk membawa pengalaman pelanggan yang lebih dekat dan menyeluruh kepada komuniti setempat.

    Kedai baharu ini menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan U Mobile termasuk pendaftaran pelan baharu, naik taraf pelan, pembelian peranti dan bantuan pelanggan secara peribadi. Selain pembukaan kedai, U Mobile turut mengembangkan liputan 5G ULTRA5G di kawasan tersebut termasuk liputan dalam bangunan hasil kerjasama dengan rakan infrastruktur IBC, EdgePoint Towers.

    Dengan peluasan ini, pusat beli-belah popular seperti Bangsar Village 1, Bangsar Village 2 dan Bangsar Shopping Centre kini menikmati liputan 5G dalaman yang lebih lancar. Liputan luar bangunan pula merangkumi kawasan seperti Jalan Telawi, Jalan Bangkung dan Jalan Penaga.

    Bagi meraikan pembukaan tersebut, U Mobile menjemput orang ramai mengunjungi kedai baharu mereka di Bangsar dari 16 hingga 18 Januari 2026 dengan pelbagai promosi eksklusif, pengalaman interaktif berasaskan AI, cabutan bertuah bernilai sehingga RM28,000 termasuk iPhone 17 Air serta persembahan artis.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mengunjungi kedai baharu U Mobile ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured