More

    COROS PACE 4 Black Crystal rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED, GPS dan bateri 41 jam berharga RM 1,399

    COROS melancarkan PACE 4 Black Crystal iaitu versi baharu kepada jam GPS AMOLED ultra ringan mereka dengan kemasan lebih premium tanpa mengorbankan prestasi teras. Model ini menampilkan bezel aluminium 6000-series dengan salutan Physical Vapor Deposition (PVD) bersama rekaan lug translucent dua tona dan tali silikon bercorak khas.

    Walaupun menggunakan bahan lebih premium, ia masih seberat 32 gram dengan tali nylon. Paparan 2.5D AMOLED turut dikekalkan dengan fokus kepada keterlihatan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

    Untuk ketahanan, salutan PVD digunakan bagi meningkatkan rintangan terhadap peluh dan garam pada tahap molekul sementara struktur aluminium memberikan integriti binaan lebih kukuh untuk kegunaan intensif. Elemen reka bentuk translucent pada bahagian lug pula menambah dimensi visual berlapis yang membezakan model ini daripada PACE 4 standard.

    Prestasi dalaman kekal sama seperti PACE 4 asal yang antara jam larian terbaik 2026 termasuk sokongan mikrofon terbina untuk rakaman Voice Pins, metrik latihan lanjutan dan pengesan kadar denyutan jantung yang telah dipertingkat. Integrasi aplikasi COROS turut membolehkan pemantauan pemulihan, tidur, HRV dan data latihan secara terperinci.

    Menariknya, PACE 4 Black Crystal menawarkan sehingga 41 jam penggunaan GPS atau 19 hari penggunaan harian. Ia dijual pada harga RM1,399 melalui saluran rasmi termasuk Shopee, Lazada dan TikTok dengan setiap pembelian disertakan fon telinga sukan Pangu Running Run 3 bernilai RM159.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured