More

    Sony umum kenaikan harga langganan PlayStation Plus bermula 20 Mei ini

    Sony mengumumkan kenaikan harga baharu untuk langganan PlayStation Plus di beberapa pasaran terpilih bermula 20 Mei 2026. Menerusi perubahan tersebut, pelanggan baharu perlu membayar lebih mahal untuk pelan langganan satu bulan dan tiga bulan. Pelan satu bulan kini berharga USD10.99 (~RM52), meningkat daripada USD9.99 (~RM47) sebelum ini.

    Sementara itu, pelan tiga bulan pula meningkat kepada USD27.99 (~RM132) berbanding USD24.99 (~RM118) sebelum ini. Menurut Sony, pelarasan harga dibuat susulan keadaan pasaran semasa selain untuk memastikan kualiti perkhidmatan PlayStation Plus terus dikekalkan kepada pelanggan. Buat masa ini, Sony masih belum mengesahkan sama ada kenaikan harga tersebut akan turut melibatkan pasaran Malaysia.

    Dalam pengumuman rasmi, Sony hanya menyebut “pasaran terpilih” yang bermakna pengguna tempatan mungkin perlu menunggu pengumuman lanjut daripada saluran rasmi PlayStation Malaysia. Setakat ini, kenaikan harga hanya melibatkan pelan jangka pendek iaitu satu bulan dan tiga bulan sahaja. Sony juga masih belum mengumumkan sebarang perubahan harga untuk pelan tahunan ataupun tier lebih tinggi seperti PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe.

    Dalam masa sama, Sony menjelaskan bahawa pelanggan sedia ada yang mengekalkan langganan aktif tanpa gangguan masih boleh menikmati harga lama buat sementara waktu. Namun, sebarang perubahan seperti naik taraf, tukar, pembatalan atau pembaharuan selepas tarikh kuat kuasa mungkin akan menyebabkan harga baharu dikenakan bergantung kepada rantau masing-masing.

    Kenaikan harga telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan pemain permainan video secara dalam talian terutama ketika model langganan gaming kini semakin menjadi fokus utama industri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X PlayStation

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...