More

    U Mobile mempertingkatkan pengalaman kejohanan bola sepak terbesar melalui penstriman percuma di RTMKlik!

    Demam bola sepak global semakin dirasai apabila kejohanan paling berprestij dunia sudah membuka tirainya pagi tadi. Bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlepas setiap aksi penting, U Mobile kini tampil sebagai penaja penyiaran rasmi kejohanan bola sepak terbesar di RTMKlik. 

    Melalui kerjasama ini, pelanggan U Mobile boleh menikmati akses kepada kesemua 104 perlawanan sepanjang kejohanan serta pelbagai ganjaran eksklusif menerusi kempen ULTRA Football Fest.

    Tonton semua 104 perlawanan dengan Pas ULTRA Football

    Bersempena kejohanan bola sepak terbesar dunia, U Mobile memperkenalkan Pas ULTRA Football yang boleh ditebus secara percuma setiap hari oleh semua pelanggan mudah alih dan jalur lebar. Pas ini menawarkan data harian tanpa had bersama kelajuan tanpa had untuk menstrim semua 104 perlawanan melalui RTMKlik. Penebusan boleh dilakukan menerusi aplikasi MyUMobile bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026, membolehkan pelanggan menikmati setiap aksi walau di mana mereka berada.

    ULTRA Football Fest tawar pengalaman bola sepak yang sukar dilupakan

    Selain pengalaman menonton tanpa gangguan, U Mobile turut memperkenalkan ULTRA Football Fest yang memberi peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah paling dinanti sudah tentu ULTRA Football Dream Tour bernilai sehingga RM250,000. Seorang pemenang bertuah bersama tiga rakan atau ahli keluarga akan dibawa menikmati pengalaman bola sepak di salah satu bandar bola sepak paling ikonik di dunia dengan semua perbelanjaan ditanggung.

    Telefon pintar, TV pintar dan pelbagai hadiah menanti pemenang

    Kempen ini turut menawarkan pelbagai hadiah lain yang tidak kurang hebatnya, antaranya empat pakej ULTRA Home Stadium Makeover lengkap dengan perkakasan Samsung bernilai RM50,000. Selain itu, terdapat juga 50 unit Samsung Galaxy S26 Ultra, 100 unit Samsung Crystal UHD 4K Smart TV bersaiz 65 inci serta 500 helai jersi rasmi pasukan untuk dimenangi.

    Cara menyertai kempen ULTRA Football Fest

    Kempen ULTRA Football Fest berlangsung dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026. Pelanggan hanya perlu mendaftar, menaik taraf atau membeli peranti baharu di bawah pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid atau U Home 5G Broadband untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.

    U Mobile mencerminkan usaha membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan kejohanan bola sepak terbesar dunia melalui pengalaman penstriman yang lancar di RTMKlik serta ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

    Bagi peminat bola sepak yang mahu mengikuti setiap aksi perlawanan sambil merebut peluang memenangi hadiah bernilai tinggi, kempen ULTRA Football Fest menawarkan gabungan pengalaman penstriman dan ganjaran yang menarik sepanjang musim kejohanan kali ini.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured