More

    Siri REDMI Note 17 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 2 September ini

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan bahawa siri REDMI Note 17 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2 September 2026. Selain pengumuman tarikh pelancaran, Xiaomi turut menamakan pelakon dan pencipta kandungan tempatan, Meerqeen, sebagai Duta Malaysia bagi siri berkenaan.

    Siri terbaharu ini membawa perubahan julung kali dalam barisan produk Redmi Note menerusi pengenalan model teratas iaitu REDMI Note 17 Pro Max selain varian standard dan Pro. Model varian tertinggi memfokuskan kepada keupayaan kapasiti bateri, tahap ketahanan reka bentuk dan prestasi kegunaan harian.

    Selain itu, siri REDMI Note 17 menampilkan bateri sel silikon-karbon berkapasiti sehingga 10,000mAh yang disepadukan dengan teknologi pengecasan pantas 100W HyperCharge. Baterinya boleh bertahan sehingga tiga hari dengan satu kali pengecasan penuh dan direka untuk kekal bertahan melebihi 80% kapasiti asal walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan.

    Bagi aspek ketahanan fizikal, ia menerima pengiktirafan piawaian ujian ketahanan TÜV SÜD yang merangkumi perlindungan ujian jatuh dari ketinggian hingga 3 meter. Siri ini juga dilengkapkan dengan binaan kalis air dan debu menerusi penarafan IP66, IP68, IP69 serta IP69K bagi melindungi komponen dalaman daripada semburan air bersuhu tinggi mahupun rendaman.

    Spesifikasi penuh mengenai varian cip pemprosesan, tawaran memori RAM, storan dalaman, tetapan kamera serta tanda harga jualan tempatan bakal diumumkan secara rasmi sewaktu majlis pelancaran pada 2 September nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: REDMI

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured