More

    Pelancaran realme X50 Pro 5G di Malaysia: Snapdragon 865, Super AMOLED 90Hz, SuperDart Charge 65W berharga RM2,999

    realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar flagship, realme X50 Pro 5G, yang akan mula dijual esok (7 Julai) di Lazada pada harga RM2,999.

    Telefon pintar flagship ini dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih namun dijual pada harga yang agak rendah berbanding telefon flagship jenama lain. Antara spesifikasi yang menjadi tarikan peranti ini adalah cipset Snapdragon 865 5G, skrin Super AMOLED 90Hz, pengecasan SuperDart Charge 65W, empat kamera 64MP, dua kamera swafoto 32MP, RAM LPDDR5, storan UFS 3.0 dan pelbagai spesifikasi flagship lain.

    Berikut adalah spesifikasi penuh realme X50 Pro 5G:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 865 5G, kelajuan clock sehingga 2.84GHz
    • Skrin Super AMOLED 6.44 inci Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhan (sampling rate) 180Hz, mempunyai nisbah skrin-ke-badan setinggi 92%
    • RAM LPDDR5
    • Storan UFS 3.0 dengan Turbo Write dan Host Performance Booster (HPB)
    • Varian memori 8GB+128GB, 8GB+256GB dan 12GB+256GB
    • Pengecasan pantas 65W, boleh mengecas penuh sepantas 35 minit
    • Bateri dual cell 4,200mAh
    • Kamera utama 64MP + kamera telefoto 12MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera potret hitam-putih
    • Kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX616 + kamera ultra-lebar 8MP
    • Sistem penyejukan wap air (Vapor Cooling System)
    • Pengimbas cap jari G3.0 dalam skrin
    • 360 Surround Antenna, terdiri daripada 12 antenna untuk hubungan kukuh
    • Dwi-pembesar suara dengan Dolby Atmos dan pengiktirafan Hi-Res Audio
    • Getaran daripada tactile linear motor
    • Sistem operasi realme UI terbaru berdasarkan Android 10
    • Dua pilihan warna: hijau Moss Green dan merah Rust Red

    realme X50 Pro 5G akan mula dijual di Lazada bermula Selasa, 7 Julai pada harga RM2,999 untuk varian 12GB+256GB. Selain itu, ia akan mula dijual di semua pengedar sah bermula Sabtu, 11 Julai.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan telefon flagship realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured