More

    Apple membuang puluhan ribu aplikasi & ‘game’ daripada App Store di China

    Sewaktu hubungan yang semakin tegang di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, Apple kini dilihat semakin mengurangkan operasinya dalam negara Asia tersebut. Laporan terbaru mengatakan Apple telah membuang ribuan aplikasi dan game daripada App Store yang berada dalam pasaran China.

    Lebih daripada 47,000 aplikasi telah dibuang daripada App Store China. Ini mungkin menyukarkan penggunaan ekosistem iOS buat ribuan pengguna peranti Apple di negara itu dan menyukarkan Apple untuk beroperasi.

    Ini adalah perkembangan terbaru dalam industri teknologi yang melibatkan hubungan sensitif di antara AS dan China, selepas kerajaan AS bertindak mengharamkan aplikasi popular seperti TikTok dan WeChat daripada digunakan dalam negaranya. Minggu lepas, Apple telah membuang game popular Fortnite daripada App Store. Fortnite merupakan game yang dibina oleh Epic Games, sebuah syarikat gaming yang berada di bawah naungan syarikat konglomerat dari China iaitu Tencent Holdings.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured