More

    Siri OPPO Reno5 mungkin hadir dengan cipset misteri, Snapdragon 775G + Snapdragon 860

    Siri OPPO Reno baru berusia lebih kurang setahun. Namun, ia telah hadir dengan empat generasi baharu dan kini mungkin ditambah pula dengan siri OPPO Reno5. Perlu diingatkan bahawa berita ini hanyalah spekulasi sahaja memandangkan ia bukan dari sumber rasmi.

    Menurut sumber, siri OPPO Reno5 akan terdiri daripada varian OPPO Reno5, OPPO Reno5 Pro dan OPPO Reno5 Pro+ dan dijangka hadir pada suku keempat tahun 2020. Nama peranti ini masih lagi tidak rasmi. Mungkin OPPO bakal menamakannya dengan nama lain walaupun ia merupakan generasi seterusnya kepada siri OPPO Reno4.

    Apa yang menariknya, Reno4 dikatakan akan hadir dengan cipset Snapdragon 775G, makanala varian Pro dan Pro+ bakal dijana cipset Snapdragon 860. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua cipset ini masih tidak diumumkan oleh Qualcomm. Snapdragon 775G dikhabarkan bakal diumumkan pada Jun lalu, namun masih tiada khabar berita sehingga ke hari ini.

    Berita mengenai Snapdragon 860 pula pernah muncul, tetapi ia dikaitkan dengan OPPO. Kami tiada kepastian adakah ianya sama dengan Snapdragon 875 Lite.

    Apa pun, mungkin spekulasi ini bakal lebih jelas melalui berita-berita yang akan hadir pada hari akan datang. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Ketahui kesilapan dalam pembelian telefon pintar yang kerap dilakukan orang ramai disini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured