More

    Apple umum pengecas USB untuk Apple Watch tidak disertakan bersama

    Melalui acara pelancaran Apple pada awal pagi 16 September, Apple telah melancarkan beberapa produk baru termasuklah Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE. Menurut Apple, mereka tidak akan menyertakan pengecas USB (adapter) dalam kotak Apple Watch baharu.

    Perkara ini diumumkan oleh Apple sendiri. Tambah mereka, langkah ini disifatkan sebagai langkah untuk menyelamatkan alam sekitar.

    Hal ini sebenarnya tidak mengejutkan memandangkan kami pernah melapor mengenai Apple yang mungkin menjual pengecas siri iPhone 12 secara berasingan.

    Apple Watch Series 6

    Untuk pengetahuan anda, iPhone 12 dijangka dilancarkan melalui sebuah acara Apple yang lain pada bulan Oktober ini. Anda boleh membaca berita lepas mengenai iPhone 12 seperti ramalan harga dan spesifikasinya.

    Ketahui harga rasmi Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE di pasaran Malaysia pada pautan ini.

    Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured