fbpx
More

    Set VR Facebook Oculus Quest 2 diumum: Snapdragon XR2, skrin 90Hz berharga ~RM1,240

    Sistem VR mungkin masih tidak sepopular konsol gaming atau alat teknologi yang lain di Malaysia. Namun, sebaliknya di luar negara. Terkini, sistem VR lengkap semua dalam satu Oculus Quest 2 telah diumumkan oleh Facebook. Ia bakal tersedia di negara-negara terpilih bermula Oktober 2020 ini.

    Oculus Quest 2 hadir dengan cip 5G berprestasi yang baharu Snapdragon XR2 dari Qualcomm. Janaan ini dijangka memberi naik taraf yang lebih baik dari Snapdragon 835 pada model Oculus Quest yang pertama. Oculus Quest 2 turut dilengkapi RAM 6GB dan resolusi 1830 x 1920 piksel.

    Paparannya kini dilengkapi kadar segar segar semula 90Hz. Kewujudan fungsi Oculus Link pula membenarkan anda bermain game Oculus Rift menggunaan Quest 2. Apa pun, pastikan anda mempunyai PC yang menyokong spesifikasi tertentu. Kabel Oculus Link dijual berasingan bernilai $97 (~RM402).

    Oculus Quest pula akan dipasarkan dengan harga $299 (~RM1,240) untuk varian standard 64GB. Varian 256GB pula berharga $699 (~RM1,655).

    Adakah anda berminat dengan set VR ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Oculus

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X