More

    Telefon siri Samsung S21 bakal hadir dengan cas pantas 65W, bateri 5000mAh

    Siri Samsung Galaxy S21 bakal dilancarkan pada awal tahun depan dan ianya dikhabarkan adalah antara model terawal yang bakal dilengkapi dengan cipset Snapdragon 875.

    Selain daripada penggunaan cipset terbaru Qualcomm, menurut berita terkini, siri Samsung Galaxy S21 juga mungkin hadir dengan pengecasan pantas yang tertinggi dari Samsung setakat ini iaitu setinggi 65W.

    Pengecasan 65W ini dijangka boleh mengecas penuh Samsung Galaxy S21 Ultra dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Untuk saiz bateri pula, sumber menunjukkan bahawa siri Samsung Galaxy S21 bakal hadir dengan bateri sebesar 5,000mAh.

    Bagaimana dengan berita mengenai siri Samsung Galaxy S21 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured