More

    Malaysia minta bantuan Interpol siasat Group Telegram lucah sebar gambar wanita, kanak-kanak

    Baru-baru ini, terdapat seorang wanita yang mengadu tentang beberapa jumlah akaun tidak dikenali menghubunginya di media sosial dengan mesej berbaur lucah. Hal ini membawa kepada pembongkaran bahawa gambarnya telah disebar tanpa keizinan dalam sebuah kumpulan di Telegram.

    Kumpulan di Telegram ini dikenali dengan nama ‘V2K’ dengan jumlah ahli (terdiri dari rakyat Malaysia) sehingga 35,000. Menurut sumber, pembongkaran telah membawa kepada maklumat bahawa kebanyakan ahli kumpulan tidak dapat dikenal pasti identiti sebenar kerana telah menukar username mereka.

    Kumpulan V2K ini bukan sahaja mengongsikan gambar wanita untuk tujuan lucah, tetapi turut menyediakan yuran keahlian untuk mendapat lebih banyak kandungan pornografi wanita termasuk kanak-kanak bawah umur.

    Tambah sumber, terdapat seorang lagi mangsa yang melaporkan bahawa terdapat ahli dalam kumpulan tersebut adalah anggota pihak berkuasa dan akan menjejak jika ada sesiapa yang membuat laporan mengenai hal ini (mangsa menyamar menggunakan akaun lelaki untuk memasuki kumpulan tersebut dan mencari bukti).

    Apa pun, mangsa penyebaran gambar dalam kumpulan ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Terkini, SKMM telah pun mengambil maklum tentang perkara ini. SKMM yang bekerjasama dengan PDRM sudah mengemukakan isu ini kepada Telegram pada 9 Jun lalu. Sebagai tambahan, SKMM juga mengemukakan perkara ini kepada Interpol untuk bantuan.

    Adakah anda pernah menjadi mangsa atau melihat kumpulan sebegini? Kami sarankan anda untuk menghubungi pihak berkuasa atau mana-mana badan organisasi yang boleh membantu. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAYS | MCMC

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured