fbpx
More

    Huawei P40 Pro Premium Edition (PE) dengan 7 sensor kamera

    Siri Samsung Galaxy S20 dikatakan bakal hadir dengan Galaxy S20 Ultra atau Galaxy S20U. Huawei pula mungkin akan mengikut jejak lebih kurang sama dengan menambah Huawei P40 Pro Premium Edition (PE).

    Terdahulu, kami telah mengkhabarkan desas-desus mengenai reka bentuk Huawei P40 Pro dengan kamera penta. Kini, sumber melaporkan terdapat gambar bocor Huawei P40 Pro PE yang menguatkan lagi khabar angin tetapan kamera penta.

    Huawei P40 Pro
    Huawei P40
    Huawei P40 Pro Premium Edition (PE)

    Gambar bocor ini memperlihatkan tetapan lima kamera pada panel belakang dan semestinya menjumlahkan tujuh kamera termasuk sensor bahagian hadapan. Perbezaan reka bentuk Huawei P40 dan P40 Pro pula kemungkinan hanyalah pada jumlah kamera belakang dan paparan melengkung.

    Sepintas lalu, sumber-sumber terdahulu melaporkan Huawei P40 Pro mungkin akan dilengkapi cipset Kirin 990 5G, pengecas pantas 50W, paparan 6.5 inci dan kadar segar semula 90Hz. Apa pun, khabar angin bukanlah satu kebenaran yang rasmi.

    Adakah anda berpuas hati jika khabar angin ini benar? Luahkan pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita khabar angin teknologi terkini.

    Sumber: GIZMOCHINA | @RODENT950 | Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X