More

    Spesifikasi dan gambar OPPO A73 5G muncul, harga bermula ~RM1,499

    Pada awal minggu ini, OPPO telah melancarkan telefon pertengahan terbarunya, OPPO A73, iaitu penjenamaan semula telefon OPPO F17 yang telah dilancarkan di India pada bulan yang lalu.

    Kini, versi 5G untuk OPPO A73 ini pula dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi. Sumber terkini menunjukkan beberapa gambar dan spesifikasi yang bakal hadir pada OPPO A73 5G ini.

    OPPO A73 versi 5G ini bakal menggunakan cipset Dimensity 720 5G berbeza dengan Snapdragon 662 yang hadir pada versi yang biasa. Ia juga dikatakan bakal gunakan skrin FHD LCD 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Kamera swafotonya pula terletak di atas kiri skrin dan bersaiz 8MP.

    OPPO A73 versi 5G ini akan hadir dengan bateri 4,040mAh dengan pengecasan pantas 18W. Yang menarik, ketebalan A73 5G ini adalah hanya 7.9mm dengan berat 177 g.

    Untuk harga pula, ia dikatakan akan dijual sekitar €299 (~RM1,499) di pasaran Eropah dan akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Neon dan Hitam.

    Nantikan berita lanjut mengenai telefon OPPO A73 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured