More

    Adakah ini rupa Samsung Galaxy S21 atau S30?

    Khabar angin tentang Samsung Galaxy S21 atau Galaxy S30 nampaknya semakin merancak baru-baru ini, dan kini terdapat pula beberapa imej janaan komputer yang kononnya menunjukkan rupa bentuk telefon tersebut. Terbaru, @OnLeaks di Twitter telah memuat naik gambar yang didakwa merupakan telefon Galaxy S21 Ultra atau Galaxy S30 Ultra.

    Berdasarkan gambar tersebut, susunan kameranya nampak berlainan dengan Galaxy S20 Ultra sebelum ini, di mana ia nampak hampir lurus dengan permukaan belakang dan lebih nipis. Terdapat empat kamera di belakang telefon itu dengan satu lampu kilat LED.

    Terdapat juga gambar untuk Samsung Galaxy S21 atau Galaxy S30 yang terdiri daripada tiga kamera. Ia dikhabarkan akan dilengkapi skrin 6.2 inci dengan ketebalan 9mm termasuk bonggol kamera.

    Di bahagian hadapan pula, terdapat satu lubang punch hole Infinity-O yang kecil dan sempadan bezel nipis di bahagian sisi. Bahagian sisinya juga mempunyai sedikit lengkungan, tidak nampak seperti permukaan rata yang dijangkakan sebelum ini.

    Apakah pendapat anda tentang gambar-gambar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile (1|2)

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured