fbpx
More

    Petanda siri iPhone 12 masuk Malaysia sudah mula dilihat. Model mana yang akan dijual dahulu?

    Beberapa minggu yang lalu, Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE sudah pun tersedia di Malaysia. Setelah pelancaran global siri iPhone 12, pasti ramai peminat yang sudah bersedia untuk membelinya. Lazada dilihat memuat naik acahan tentang penjualan iPhone 12 dengan memberi sedikit bayangan kepada kita.

    Melalui laman tersebut, Apple Online Store memaparkan iPhone 12 mini dan iPhone 12. Berkemungkinan, kedua-dua model ini bakal hadir dahulu berbanding iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Pro Max. Laman ini turut memaparkan varian storan 64GB/128GB/256GB bersama harga.

    Kami cuba melihat di laman lain, namun masih tiada bayangan selain Switch dan U Mobile yang hanya menyenaraikan peranti tersebut. Anda boleh lihat gambar di bawah.

    Lazada
    U Mobile
    Switch

    Pada laman Switch, pelanggan yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran untuk kesemua model iPhone 12. Tiada yang pelik disini. Berbeza dengan laman U Mobile, ia menyenaraikan iPhone 12 mini, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan paparan ‘Coming Soon’ (akan datang), tetapi tanpa iPhone 12 Pro Max. Mungkin syarikat telekomunikasi lain bakal menawarkan iPhone 12 Pro Max.

    Melalui kesemua maklumat di atas, terang lagi bersuluh bahawa siri iPhone 12 akan tersedia untuk di pra-tempah atau dilancar dalam masa terdekat. Kami menjangkakan awal November ini. Apakah jangkaan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai harga dan spesifikasi siri iPhone 12 di Malaysia!

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X