More

    Siri iPhone 12 dilihat melepasi SIRIM, akan keluar di Malaysia dalam waktu terdekat

    Rasanya kita sudah cukup dibanjiri dengan berita-berita mengenai siri iPhone 12, namun masih tidak melihat kehadirannya di pasaran Malaysia. Terkini, siri iPhone 12 dilihat dalam senarai untuk kelulusan SIRIM. Ini bermakna ia bakal dilancar di Malaysia dalam waktu yang terdekat!

    Terdahulu, bayang siri iPhone 12 sudah kelihatan melalui pemaparan harga dan bayangannya di beberapa laman web di Malaysia. Namun, petandanya tidak cukup jelas. Memandangkan ia kini terpapar di senarai untuk kelulusan SIRIM, maka lebih selamat untuk kita simpulkan bahawa kehadirannya sudah semakin hampir.

    Setakat ini, kami masih tiada maklumat mengenai pelan iPhone 12 yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi atau maklumat pra-tempahannya. Apa pun, kami akan memaklumkan maklumat pra-tempah dan sebagainya jika maklumatnya ada.

    Adakah anda akan menyambar siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita mengenai penjualannya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Baca berita lepas mengenai spesifikasi, bateri dan harga rasmi siri iPhone 12 di Malaysia.

    Sumber: SIRIM

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured