More

    Canon mungkin akan ceburi industri telefon pintar dengan mencipta aksesori kamera untuk telefon

    Canon adalah jenama dari Jepun yang sinonim dengan kamera, pencetak dan pengilangan semikonduktor. Kini syarikat itu mungkin akan memasuki industri telefon pintar dengan menjual aksesori kamera yang boleh digabungkan dengan telefon.

    Menurut sumber, Canon akan menghasilkan sebuah aksesori luaran menyerupai kamera yang boleh dipakaikan kepada telefon. Sebuah paten menunjukkan imej janaan 3D untuk aksesori tersebut yang terdiri daripada pemegang telefon dan lensa untuk mengambil gambar.

    Paten tersebut bukanlah baru kerana Canon sudah mendaftarkannya pada 2019 dan telah diluluskan pada September 2020. Rupa kamera ini nampak seperti dua kamera kecil yang telah dihasilkan oleh Canon sebelum ini iaitu PowerShot Zoom dan Ivy Rec.

    Pendaftaran paten bukanlah bermakna Canon akan menghasilkan produk ini, namun ia memberi peluang kepada mereka jika ingin menceburi industri aksesori telefon. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechRadar

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured