More

    Rasmi: PlayStation 5 tidak dijual di kedai pada hari pelancaran, hanya dalam talian sahaja

    Salah satu peranti yang sudah diketahui batang hidungnya, tetapi masih tidak kelihatan bayangnya adalah Sony PlayStation 5. Konsol gaming ini sudah lama ditunngu-tunggu oleh peminat. Terkini, Sony mengesahkan bahawa PlayStation 5 tidak akan dijual di kedai, hanya dalam talian sahaja pada hari pelancarannya.

    Pengesahan ini adalah melalui siaran di blog PlayStation 5 yang menyatakan bahawa jualan pada hari pelancaran hanya secara dalam talian sahaja. Menurut Sony, tiada unit yang akan tersedia di kedai untuk dibeli pada hari pelancaran (12 November atau 19 November bergantung kepada negara anda). Jadi, peminat dinasihati untuk tidak beratur atau berkhemah di kedai dan membeli secara dalam talian sahaja.

    Apa pun, peminat yang sudah pra-tempah boleh mengambilnya di kedai yang sah dan mengikuti SOP berdasarkan kedai tersebut.

    Sebagai tambahan, Sony turut mengesahkan bahawa ciri penambahan storan SSD tidak akan tersedia pada hari pelancaran. Ia masih tidak akan tersedia sehingga pemacu M2 selaras dengan kelajuan PS5. Mungkin kita boleh menunggu fungsi ini tersedia pada hujung tahun 2021.

    Baca komen di pautan ini: PlayStation Asia

    Untuk pengetahuan anda, PlayStation Asia sedang melangsungkan PS5 Asia Celebration 11.11 secara dalam talian dan memberikan hadiah termasuk PS5. Namun, kumpulan ini dikatakan berat sebelah kerana hanya memnfokuskan Singapura dan tidak memasukkan negara Asia yang lain termasuk Malaysia. (Anda boleh membaca komen di siaran Facebook di atas).

    Adakah anda akan membeli PS5 dan apakah pandangan anda mengenai kumpulan PlayStation Asia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Anda boleh semak berita lepas mengenai PS5 termasuk spesifikasi dan harganya disini.

    Sumber: Blog PlayStation 5

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured