More

    Butiran pengesan Samsung Galaxy Smart Tag Bluetooth tertiris, mungkin dilancar 14 Januari ini

    Samsung dikhabarkan akan melancarkan pengesan objek pintar terbaru mereka yang diberi nama Galaxy Smart Tag Bluetooth. Berdasarkan sumber terkini, peranti ini akan hadir dengan nombor model El-T5300 dan akan mempunyai reka bentuk yang nipis.

    Peranti ini akan dikuasai oleh sebuah bateri bulat 3V CR2032 yang boleh diganti. Berdasarkan butiran dari Samsung, Smart Tag ini akan dilengkapi sebuah butang untuk mencari telefon dan hadir dengan buzzer yang berbunyi kuat. Untuk reka bentuknya, ia dilihat hampir sama dengan pengesan objek Tile.

    Galaxy Smart Tag bakal menggunakan ciri terbaru Samsung, SmartThings Find dan hadir dengan Bluetooth 5.1 yang dapat memberikan fungsi pengesan yang lebih baik. Mengikut teori, ia dapat memberikan pengalaman jejakan sehingga 400m di kawasan tertutup dan sehingga 1000m di kawasan terbuka, sambil menggunakan tenaga yang minimum.

    Galaxy Smart Tag ini bakal hadir dengan dua pilihan warna, hitam dan oatmeal. Untuk harga pula, ia dijangka akan dijual pada EUR 15 (~RM74) atau EUR 20 (~RM98).

    Peranti ini mungkin akan dilancarkan bersama telefon siri Galaxy S21 pada 14 Januari yang akan datang.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured