More

    Harga siri Samsung Galaxy S21 dibocorkan oleh syarikat telco Belgium, serendah ~RM4,214

    Samsung bakal melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Galaxy S21 pada 14 Januari ini. Namun sebelum tarikh pelancarannya, pelbagai berita mengenai mengenai peranti ini sudah muncul di dalam talian dan hampir semua spesifikasi peranti sudah pun tertiris.

    Terbaru, harga untuk siri Galaxy S21 pula telah tertiris oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Belgium, Voo. Syarikat Voo ini secara tidak sengaja telah menaikkan halaman web untuk harga siri Galaxy S21 ini bersama beberapa spesifikasi utamanya.

    Berdasarkan halaman web itu, Galaxy S21 versi biasa akan dijual pada harga €849 (~RM4,214) tanpa kontrak. Untuk Galaxy S21+ pula, ia akan dijual pada harga €1,049 (~RM5,207) dan Galaxy S21 Ultra pada  â‚¬1,399 (~RM6,944). Harga ketiga-tiga model itu adalah untuk storan terendah 128GB.

    Untuk spesifikasinya pula, ia bakal hadir dengan cipset Exynos 2100 untuk pasaran di Eropah (sama seperti di Malaysia). Selain itu, ia juga dilihat hadir dengan Android 11, skrin AMOLED, bicu audio 3.5mm serta kebolehan pengecasan pantas secara wayarles.

    Adakah anda puas hati dengan harga dan spesifikasi yang ditawarkan? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured