More

    Samsung akan lancarkan Galaxy Buds Pro dengan bekas berbentuk telefon lipat Anycall

    Samsung telah melancarkan fon telinga wayarles terbaru Galaxy Buds Pro di samping siri Galaxy S21 pada minggu lepas. Selain memasarkan fon telinga tersebut dalam pakej standard, Samsung akan turut menjual edisi khas di mana bekas pengecas Galaxy Buds Pro dijual dalam bentuk telefon lipat Anycall.

    Anycall adalah sebuah jenama telefon pintar oleh Samsung Electronics yang ditubuhkan pada 1993 namun kemudian diserap ke dalam Samsung. Bentuk telefon yang dipilih untuk Galaxy Buds Pro edisi khas ini adalah model T108 yang dijual pada 2002 dan E708 yang dijual pada 2003.

    Galaxy Buds Pro merupakan fon telinga wayarles yang lengkap dengan pembatalan hingar aktif (active noise cancellation) di mana Samsung mengatakan mampu menghalang hampir 99% daripada hingar luaran. Ia turut mempunyai woofer 11mm yang ditala oleh AKG, tweeter 6.5mm dan rating IPX7 serta dijual pada harga RM799. Baca artikel penuh mengenainya di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang bentuk Galaxy Buds Pro unik ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured