More

    Xiaomi failkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat kerana telah disenarai hitamkan

    Beberapa minggu lalu, Xiaomi telah disenarai hitamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana syarikat itu dipercayai mempunyai hubungan rahsia dengan tentera China dan boleh mendatangkan ancaman terhadap AS. Kini, Xiaomi bertindak memfailkan saman terhadap Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Pertahanan AS atas keputusan tersebut dengan mengatakan ia adalah bercanggah di sisi undang-undang dan perlembagaan.

    Wakil Xiaomi mengatakan keputusan senarai hitam ini akan mendatangkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki untuk Xiaomi. Mereka menegaskan bahawa 75% peratus daripada sebarang keputusan yang diambil dalam Xiaomi masih dipegang oleh pengasasnya Lin Bin dan Lei Jun serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tentera China.

    Di samping itu, beberapa pemegang syer utama Xiaomi adalah warganegara AS dan kumpulan pelaburan yang berpengkalan di AS. Tindakan kerajaan AS dalam menyenarai hitamkan Xiaomi bermula 15 Mac akan menjejaskan pelaburan terhadap syarikat tersebut.

    Buat masa ini, masih tidak jelas apakah yang akan berlaku kepada pengguna produk Xiaomi jika syarikat itu masih disenarai hitamkan pada 15 Mac. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured