More

    Spesifikasi awal Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 2 tertiris

    Selepas pelancaran Samsung Galaxy S21, peminat Samsung kini boleh menumpu pada pelancaran peranti andalan (flagship) seterusnya iaitu telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip 2 dan Samsung Galaxy Z Fold 3. Ini sebenarnya bukanlah nama rasmi untuk peranti tersebut dan ia hanyalah nama sementara yang diberikan oleh media untuk telefon lipat Samsung yang akan dilancar tahun ini.

    Galaxy Z Fold 3 mempunyai nombor model SM-F926, dilengkapi storan 256GB dan sistem operasi One UI 3.5 berdasarkan Android 11. Sebuah lagi telefon lipat iaitu Galaxy Z Flip 2 mempunyai nombor model SM-F711, storan 128GB atau 256GB dan sistem operasi One UI 3.5.

    Memandangkan sistem operasinya adalah One UI 3.5, ini mungkin menunjukkan bahawa kedua-dua peranti akan dilancar pada separuh kedua 2021. Buat masa ini, Samsung masih lagi berada dalam peringkat awal pelaksanaan One UI 3 di mana versi terbaru adalah One UI 3.1 yang terdapat dalam Galaxy S21.

    Sebelum ini, Galaxy Z Fold2 menampilkan mekanisme lipat dengan lipatan menegak (vertical) manakala Galaxy Z Flip pula mempunyai lipatan mendatar (horizontal). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAMMobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured